
JDT meraih kemenangan ke-5 berturut-turut musim ini apabila menewaskan Sabah 3-1 di Likas, Kota Kinabalu.
Romel Morales menjaringkan gol pendahuluan selepas pada minit ke-21 sebelum menambah gol kedua di hujung separuh masa pertama.
Sabah merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Gabriel Peres pada minit ke-52.
Namun, hasrat Sabah tidak kesampaian sebaliknya Bergson melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti di hujung separuh masa kedua.
JDT kini mengumpul 15 mata daripada 5 perlawanan.
Sabah di tangga ke-4 dengan 7 mata selepas 4 perlawanan.