Liga Super Malaysia Berita

Kedah, Terengganu ke suku akhir Piala FA 2024-2025

Kedah mara ke suku akhir Piala FA 2024-2025 apabila menewaskan Bukit Tambun 5-0 di Alor Setar.
Ebenezer Assifuah cemerlang menjaringkan hatrik selepas Kedah selesa 2-0 hasil jaringan Milos Gordic dan Amirul Hisyam Awang Kechik pada separuh masa pertama.
Kedah akan bertemu Penang di suku akhir dan berpotensi untuk bertemu JDT jika melangkah ke separuh akhir.
Terengganu turut ke suku akhir selepas menang 2-1 ke atas Perak.
Kemenangan itu diraih hasil jaringan Safawi Rasid dan Marin Pilj.
Terengganu dijangka bertemu Sabah di suku akhir dan berpotensi berdepan Selangor di separuh akhir.