Malaysia Berita

Malaysia jaringkan 3 gol lawan Korea Selatan

Malaysia menamatkan saingan Piala Asia 2023 dengan keputusan seri 3-3 kepada Korea Selatan.

3 gol berjaya dijaringkan oleh Malaysia selepas gagal menjaringkan sebarang gol ketika menentang Jordan dan Bahrain.

Korea Selatan mendahului menerusi Jeong Woo-Yeong pada minit ke-21.

Malaysia menyamakan kedudukan di separuh masa kedua menerusi Faisal Halim pada minit ke-51.

Arif Aiman meletakkan Malaysia di depan dengan jaringan penalti pada minit ke-62.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Lee Kang-in pada minit ke-83.

Son Heung-min seakan-akan meraih kemenangan untuk Korea Selatan dengan jaringan penalti pada masa tambahan.

Namun, Romel Morales berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan di saat-saat akhir.

Malaysia akan kembali beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan Mac nanti.