Kedah lawan Selangor pada Sabtu ini disifatkan sebagai penentu tempat kedua Liga Super musim 2023.
Pemenang tempat kedua akan layak ke tier 2 AFC selepas JDT layak ke kejohanan tier 1 (Liga Juara-Juara Elit AFC.
“Perebutan tempat kedua bagi musim ini adalah persaingan antara Kedah dan Selangor,” kata jurulatih Kedah, Nafuzi Zain.
“Dan kita akan bertemu Sabtu ini, saya rasa ini titik penentu untuk musim ini di tempat kedua.
“Kalau kita menang lawan Selangor mungkin perlawanan terakhir yang akan menentukan keputusan itu, jadi belum tentu lagi.
“Selangor mungkin ada kelebihan sedikit berbanding kita.”
Namun, beliau kekal dengan sasaran untuk mendapatkan tempat kedua dan layak ke pertandingan AFC.
“Berdasarkan prestasi sebelum ini, kita harungi 9 perlawanan tanpa kalah dan kita harus konsisten dan dua game lagi kita bagi all out.
“Yang penting kita ke AFC. Kalau kita menang kita layak, itu sahaja. Sifirnya mudah.”