Sime Darby Oils muncul sebagai salah satu penaja Liga Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut menerusi jenama minyak masak ALIF.
Ini setelah kolaborasi antara ALIF dan MFL tahun lalu mendapat tempat di kalangan peminat bolasepak tempatan dengan hampir 30,000 pengunjung turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik di Zon ALIF yang dijalankan di stadium semasa 22 perlawanan terpilih.
Kehadiran penyokong bolasepak yang besar di media sosial juga turut memanfaatkan kerjasama tersebut, apabila kehadiran maya ALIF meningkat secara memberangsangkan dengan siaran media sosial berkaitan MFL mencapai 3 juta tontonan.
Tahun ini, ALIF merancang beberapa aktiviti gaya hidup yang akan dijalankan di kedai-kedai jualan, membawakan lebih banyak aktiviti jualan, dan menemui peminat bukan sahaja di stadium.
“Perkongsian sekali lagi antara jenama tersebut dengan suatu pentas yang sungguh dinamik seperti MFL akan membantu kami untuk menyampaikan kebaikan ALIF kepada peminat bolasepak Malaysia yang pelbagai,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad.
“Kami sangat teruja untuk terus menyokong sukan kegemaran Malaysia dan membawa bersama ALIF, pasukan bolasepak Malaysia, dan peminat-peminat mereka.
Produk terbaharu ‘Minyak Masak ALIF Ecopax turut diperkenalkan, dengan pembungkusan terbaharu 3kg didatangkan dalam bentuk “stand-up pouch” yang lebih mudah dikendalikan, dengan penutup boleh tutup semula, dan lebih kompak bersesuaian untuk disimpan di dalam dapur moden tanpa mengambil ruang yang besar.
“Dengan penglibatan jenama ini dalam Liga Malaysia, kami menjangkakan pembungkusan terbaharu ini akan menarik lebih ramai peminat bola sepak tempatan, di luar segmen pengguna utama ALIF iaitu golongan wanita di Malaysia,” tambah Mohd Haris.
Minyak Masak ALIF EcoPax ditambah dengan Vitamin D3 yang membantu sistem imunisasi. Ianya boleh didapati di rangkaian pasaraya terkemuka, sebagai tambahan kepada pembungkusan sedia ada minyak masak ALIF 5kg, 2kg dan 1kg.
“Kerjasama berterusan ALIF bersama MFL menandakan penglibatan positif satu lagi jenama tempatan unggul yang menghargai dan menyokong industri bolasepak tempatan sebagai pentas untuk menambahkan penglibatan dan kesedaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam.
“Meneruskan kerjasama strategik ini, kami mengucapkan terima kasih kepada ALIF di atas kepercayaan untuk kami dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua.”