Guilherme De Paula terpilih dalam senarai nama 23 pemain yang telah dipilih bagi menghadapi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 minggu hadapan.
Ini meskipun ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon digesa untuk tidak memilih penyerang naturalisasi itu kerana prestasinya yang masih kurang memuaskan.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi tidak terpilih dalam skuad kali ini.
Turut tidak tersenarai Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, R Kogileswaran, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Norshahrul Idlan Talaha.
“FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan.
“Pemain yang tidak terpilih tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan.”
Malaysia akan bertemu Turkmenistan pada Rabu, 8 Jun diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Senarai 23 pemain skuad kelayakan Piala Asia 2023
Penjaga gol: Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid, Syihan Hazmi
Pertahanan: Matthew Davies, Shahrul Saad, Dion Cools, Junior Eldstal, Dominic Tan, Khuzaimi Piee, La’vere Corbin Ong, V Ruventhiran
Tengah: Safiq Rahim, Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz Mansor, Azam Azih, Faisal Halim
Sayap: Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, Arif Aiman, Akhyar Rashid
Penyerang: Guilherme De Paula, Syafiq Ahmad, Darren Lok