Pasukan Liga M3, Budak Rumah Murah (BRM) FC bukanlah tandingan sebenar buat gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mudah membelasah skuad amatur itu, 10-0, pada pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam tadi.
Hujan yang turun ternyata tidak mengganggu rentak JDT untuk tampil garang apabila memerlukan hanya dua minit untuk membuka tirai jaringan menerusi tolakan tumit penyerang Argentina, Fernando Forestieri, hasil daripada hantaran silang sebelah kanan oleh pemain sayap, Safawi Rasid.
JDT terus selesa di depan selang lima minit kemudian apabila pemain berpengalaman, Safiq Rahim mudah menolak masuk gol kedua diikuti sepakan percuma Safawi yang tepat menuju ke gawang BRM FC pada minit ke-18 sebelum Forestieri menggandakan jaringannya pada minit ke-25 dan melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 untuk menjadikan pasukannya mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.
Harimau Selatan terus mempamerkan taring pada babak kedua apabila giliran tonggak pertahanan import, Mauricio Dos Santos menambah derita pasukan dari Perak itu dengan menyumbat masuk jaringan keenam pada minit ke-55 dan malang terus menimpa pelawat selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan layangan kad kuning kedua kepada pemain pertahanan Haiqal Afendi yang menjatuhkan pemain sayap JDT, Moussa Sidibe dalam kotak penalti.
Moussa kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ketujuh pada minit ke-69, disusuli jaringan kelapan oleh Daryl Sham K.K. George pada minit ke-81 manakala pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh turut menemui sentuhan penyudah bagi gol kesembilan pada minit ke-88 sebelum Daniel Amier Norhisham melengkapkan kemenangan besar 10-0 untuk JDT pada masa kecederaan.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 10-0 @official_brmfc
Lapan pemain berbeza penjaringkan gol yang melayakkan JDT ke Pusingan Kedua Piala FA. Fernando Forestieri meledak hatrik. #PialaFA2022 pic.twitter.com/bj0z3rp57P
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2022
Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC pula tidak kurang hebatnya apabila turut berpesta gol dengan menyingkirkan Langkawi FC 8-0, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Penyerang Fakrul Aiman Sidid menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan ke-29 manakala J. Partiban turut menggegar jaring pada minit ke-15 disusuli jaringan oleh Zhafri Yahya (45’), Giancarlo Gallifuoco (72’), Hadin Azman (75’), Paolo Josue (86’) dan Kevin Koubemba (89’).
📹 HIGHLIGHTS: @klcityfootball 8-0 @langkawicityfc
KL City FC raih kemenangan hasil jaringan Fakrul Aiman Sidid (2), J. Partiban, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Hadin Azman, Paulo Josue dan Kevin Koubemba.#PialaFA2022 pic.twitter.com/9iFW4r1U50
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2022
Aksi di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya menyaksikan penyerang import, Uche Agba meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-51 dan sepakan penalti pada minit ke-72 untuk membantu Sarawak United FC membenam Ultimate FC, 7-0.
Lima lagi gol Sarawak United disumbangkan Boris Kok pada minit kesembilan diikuti Nur Shamie Iszuan pada minit ke-58, Ahmad Khairil Anuar (73’), Zharmein Ashraf (81’) dan Francis Kone (81’).
📹 HIGHLIGHTS: @sufc_rasmi 7-0 Ultimate FC
Boris Kok, Uche Agba (2), Nur Shamie Iszuan, Ahmad Khairil Anuar, Zharmein Ashraf dan Francis Kone menjaringkan gol Sarawak United FC.#PialaFA2022 pic.twitter.com/GpLwgcDqf8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2022
Sementara itu, Petaling Jaya City FC bangkit daripada ketinggalan untuk menempah slot ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasukan Liga Premier, Kelantan FC, 2-1, dalam aksi sengit di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Fadel Antar Mohammad terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gol pembukaan pada minit ke-18 namun PJ City tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Darren Lok enam minit kemudian sebelum pemain gantian, P. Rajes muncul wira skuad kendalian P. Maniam apabila tandukannya pada minit ke-79 mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya.
📹 HIGHLIGHTS: @pjcityfc 2-1 @kelantanfc_trw
PJ City bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menang dan mara ke pusingan kedua.
Fadel Antar membuka tirai jaringan untuk Kelantan namun Darren Lok dan P. Rajes membalas untuk tuan rumah.#PialaFA2022 pic.twitter.com/gWqBlyhH1Y
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2022