Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan untuk menandatangani penyerang, Bergson Da Silva secara tetap.
Pemain berusia 30 tahun itu dipinjamkan dari kelab asalnya, Fortaleza awal musim ini selama enam bulan bagi menggantikan Diogo Luis Santo, yang berhijrah ke kelab Thailand, BG Pathum United.
Prestasi yang dipamerkannya amat memberangsangkan apabila telah menjaringkan 11 gol dalam 11 penampilan Liga Super setakat ini.
Ia sekali gus membuatkan pengurusan JDT tidak perlu berfikir panjang untuk menandatangani Bergson secara tetap.