Liga Super Malaysia Berita

JDT jaringkan 600 gol sejak 2013

JDT berjaya menjaringkan lebih 600 gol dalam semua pertandingan sejak ditubuhkan pada 2013.

Gol ke-600 itu dijaringkan oleh Leandro Velazquez ketika membantu pasukan menewaskan Pahang 3-2 dalam perlawanan Liga Super, Jumaat lalu.

Ia disusuli dengan gol ke-601 yang dijaringkan oleh Ramadhan Saifullah dan gol ke-602 yang disumbangkan oleh Gonzalo Cabrera.

Menurut Johor Southern Tigers, JDT secara keseluruhan telah menjaringkan 317 gol dalam Liga Super Malaysia.

Ini diikuti dengan 50 gol dalam Piala FA dan 140 gol dalam Piala Malaysia selaku saingan peringkat domestik.

Selebihnya adalah di peringkat Asia, apabila JDT berjaya menjaringkan 83 gol dalam Piala AFC dan 12 gol dalam Liga Juara-Juara AFC.

Ini bermakna JDT hanya memerlukan tempoh tujuh tahun untuk mencapai rekod 600 gol.

Tidak mustahil jika dalam tempoh tiga tahun akan datang, JDT akan menjaringkan gol ke-1000 dalam semua pertandingan.