Liga Super Malaysia Berita

Kedah ucap terima kasih kepada Azmeer Yusof

Kedah akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Azmeer Yusof selepas tiga minggu pemain itu mengumumkan penamatan kontraknya.

Pemain berusia 30 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak secara bersama.

“Seluruh warga KFA mengucapkan terima kasih kepada pemain pertahanan berjersi 25, Azmeer Yusof 25 di atas segala jasa dan keringat beliau sepanjang berbakti bersama Hijau Kuning,” menurut kenyataan rasmi di akaun Facebook FA Kedah.

TERIMA KASIH AZMEER YUSOF, BIAR JASA JADI KENANGAN!Seluruh warga KFA mengucapkan terima kasih kepada pemain pertahanan…

Posted by FA Kedah on Tuesday, July 7, 2020

“Pihak persatuan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang diceburi.”

Sepanjang bersama Kedah sejak musim lalu, Azmeer telah membantu Kedah merangkul kejuaraan Piala FA 2019 dan finalis Piala Malaysia 2019 selain menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-4.