Liga Super Malaysia Berita

Penjaga gol KL ini sekali lagi bantu golongan asnaf, sempena bulan Ramadan

Penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil sekali lagi tampil memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Penjaga gol 23 tahun itu sebelum ini memberikan bantuan kepada beberapa keluarga yang berada dalam kesusahan sepanjang perintah kawalan pergerakan pada bulan Mac.

 

Kali ini, Khatul memberikan bantuan kepada 10 keluarga yang mengalami masalah sumber pendapatan ketika bulan Ramadan.

Walaupun pemain bolasepak dilaporkan sering menerima gaji yang lumayan, ada juga pemain yang menggunakan kelebihan itu untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.