Liga Super Malaysia Berita

Stuart Wark rasmi pemain Terengganu

Stuart Wark secara rasminya menyertai Terengganu bagi saingan liga musim 2020.

Pemain kacukan Scotland dan Malaysia itu menjalani sesi percubaan bersama skuad Pantai Timur sebelum ini dan prestasinya ternyata menambat hati Nafuzi Zain yang mahu beliau mengisi kekosongan di bahagian pertahanan.

Pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun dan akan menyarung jersi nombor 55.

Lee Tuck hampir menjadi pemain kacukan pertama namun kali ini Stuart boleh dinobatkan sebagai pemain kacukan pertama menyertai Terengganu.

Stuart sertai JDTII pada 2015, sebelum menyertai Sabah setahun kemudian.

Beliau sertai Felda United pada 2017 dan kekal selama dua musim.

Tahun lalu, Stuart menyertai dua pasukan iaitu Pulau Pinang pada awal tahun dan PDRM pada jendela perpindahan kedua.