Melaka United mengumumkan bahawa mereka adakan mengadakan sesi pra-musim di Bandung, Indonesia dan akan berlepas pada 28 Januari sebagai persiapan liga musim 2020.
Penolong pengurus pasukannya, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata Melaka akan bertemu dengan tiga pasukan yang berpusat di Bandung iaitu Persib Bandung, Bandung United dan Persita Tangerang.
“Pramusim amat penting untuk memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan diperhalusi sebelum saingan Liga Malaysia bermula hujung Februari depan,” katanya kepada Arena Metro.
Tambah Syahrul, kesemua pemain baharu akan turut serta termasuk penyerang import Uche Agba.
“Malah Romel Morales dijangka tiba pada Isnin ini untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan.”
Setakat ini, Melaka berjaya membawa masuk Norazlan Razali, Curran Ferns, Khair Jones, Nurridzuan Abu Hassan, Syamim Yahya dan Ferris Danial.