Luar Negara Berita

Video – Juventus larang peminat yang lahir di Campania hadir pada pertemuan Juventus menentang Napoli

Perlawanan di antara Juventus dan Napoli pada 31 Ogos nanti dianggap sebagai satu perlawanan paling berisiko di Itali dan ia diumumkan semalam bahawa penyokong pihak lawan tidak dibenarkan untuk hadir.

Juventus sebelum ini telah mengumumkan bahawa peminat yang dilahirkan di Campania, ibukota Naples, boleh hadir ketika Juventus bertemu Napoli di Stadium Allianz.

Untuk pengetahuan anda, Maurizio Sarri dilahirkan di Campania dan jika bukan disebabkan tugasnya, Sarri juga tidak akan dibenarkan untuk menonton perlawanan kedua-dua kelab tersebut.

Keputusan ini bukan sahaja memberi impak kepada penyokong Napoli, tetapi juga penyokong Juventus yang lahir di kawasan itu juga tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Juventus mengambil langkah ini bagi mengelak daripada insiden kekecohan yang berlaku musim lalu dengan sebahagian daripada penyokong Turin telah melancarkan kata-kata berbaur perkauman kepada penyokong pelawat.