Luar Negara Berita

Atletico Madrid rasa ditipu, mahu lapor Griezman dan Barcelona ke FIFA

Barcelona mengumumkan kedatangan Antoine Griezmann selepas peguam pemain tersebut membayar klausa pelepasan 120 juta euro.

Walau bagaimanapun, Atlético Madrid mendakwa perjanjian antara Barça dan Griezman telah dicapai sebelum klausanya turun dari 200 juta euro kepada 120 juta pada 1 Julai.

Hasilnya, Atlético akan melapor tindakan Barcelona dan Griezman ke pengetahuan FIFA untuk memastikan langkah undang-undang dapat diambil terhadap kelab dan pemain tersebut,

“Atlético Madrid memahami bahawa kontrak itu telah dilanggar sebelum akhir musim lalu, berdasarkan fakta, tindakan dan kenyataan pemain serta kelab telah memulakan prosiding yang dianggap sesuai untuk mempertahankan hak dan kepentingan sahnya.”