Santai Malaysia

5 kemenangan besar yang dicatatkan Benjamin Mora bersama Johor Darul Ta’zim

Benjamin Mora bukan satu nama asing dalam bola sepak Malaysia. Menjadi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II sejak 2016. Pernah menggalas tugas sebagai jurulatih sementara Johor Darul Ta’zim pada tahun 2017 ekoran pemergian Mario Gomez daripada kem JDT.

Kini nama Benjamin Mora kembali meniti dalam akhbar-akhbar dan laman media sosial tempatan. Beliau telah dilantik sebagai jurulatih baharu menggantikan Raul Longhi. Lantikan tersebut hanya 24 jam sebelum Johor Darul Ta’zim mengharungi perlawanan kedua Piala Malaysia 2018 menentang Kedah dalam saingan Kumpulan C.

Siapa sangka, kehadiran Benjamin Mora ke skuad utama Johor Darul Ta’zim memberikan suatu nafas baharu buat pasukan Harimau Selatan apabila mencatatkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Kedah di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Selain daripada kemenangan menentang Kedah, kami bawakan kepada anda kemenangan besar Johor Darul Ta’zim semasa dikemudi oleh pengendali Argentina, Benjamin Mora: