Piala Dunia 2018 Santai

Jika negara-negara Great Britain bersatu untuk Piala Dunia 2018

Great Britain adalah sebuah negara hasil daripada kesatuan England, Scotland dan Wales.

Walaupun dalam satu kesatuan, namun setiap antara mereka mempunyai pasukan bola sepak masing-masing. Sama seperti Soviet Union, kami juga cuba menggabungkan pemain-pemain dari Great Britain. Berikut adalah hasilnya:

Penjaga gol: Jordan Pickford

Penjaga gol skuad kebangsaan England. Jordan Pickford sudah menunjukkan kemampuannya sebagai penjaga gol sejak ketika bersama Sunderland. Walaupun gagal mengatasi jumlah tidak dibolosi yang dimiliki Nick Pope dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Pickford tetap menjadi pilihan utama untuk mengemudi gawang The Three Lions di Piala Dunia 2018 nanti.

Pertahanan: Kyle Walker, Ashley Williams, John Stones, Andrew Robertson

Ashley Williams, bek yang sering ditimpa malang di Liga Perdana Inggeris bersama Swansea City dan kini Everton. Gandingan Manchester City, Kyle Walker dan John Stones, yang berkembang di bawah kendalian Pep Guardiola dan baru sahaja bergelar juara liga. Kelibat Andrew Robertson pula adalah hasil daripada penampilan yang memukau bersama Liverpool pada musim ini.

Tengah: Eric Dier, Aaron Ramsey, Dele Alli

Eric Dier mampu menjadi nadi kepada jentera tengah Great Britain. Kemampuannya dalam membantu pertahanan boleh diharapkan dan memberikan kebebasan buat dua lagi pemain tengah, Ramsey dan Alli, untuk terus mara ke depan bagi membantu serangan. Ketiga-tiganya juga mampu menyalurkan bola kepada barisan depan pasukan.

Penyerang: Raheem Sterling, Harry Kane, Gareth Bale

Kehadiran Gareth Bale tentu akan membawa pasukan ini ke tahap tertinggi, berbekalkan prestasi Sterling yang semakin meningkat bersama Manchester City. Kedua-duanya akan membantu dalam melakukan serangan bersama Kane yang telah mencatat 30 gol untuk Tottenham Hotspur pada musim ini dalam saingan liga.

Pemain simpanan:

Nick Pope
Wayne Hennessey
Ben Davies
Harry Maguire
Kieran Trippier
Fabian Delph
Trent Alexander-Arnold
Jordan Henderson
Tom Cairney
Scott McTominay
Jamie Vardy
Marcus Rashford