Sukan SEA

3,000 Tiket ‘Gratis’ Diagihkan Oleh Kedutaan Besar Indonesia

Duta besar Indonesia di Kuala Lumpur, Rusdi Kirana memberitahu bahawa beliau telah menyediakan 3,000 keping tiket perlawanan separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2017 diantara Malaysia bertemu Indonesia secara percuma kepada penyokong-penyokong Indonesia.

“Kami telah berjaya mendapatkan 3,000 keping tiket. Kami tidak hanya memberikan tiket tetapi juga menyediakan juga bendera kecil dan juga besar. Tiket itu akan diberikan kepada persatuan-persatuan kelab penyokong dan juga persatuan masyarakat Indonesia” katanya lagi.

Memetikan laporan dari IndoSport, Rusdi juga menyatakan semua tiket tersebut akan diagihkan sebaik-baiknya pada pagi Sabtu dan menyerahkan urusan pembahagian itu kepada persatuan penyokong.

“Hanya ketua-ketua persatuan sahaja yang akan datang dan mengambil tiket dan akan membahagikannya kepada ahli-ahli persatuan” jelas beliau lagi.

“Secara peribadi, dan sebagai duta besar Indonesia, saya merasa bangga dengan kejayaan pasukan bola sepak ke separuh akhir. Tetapi dalam masa yang sama berharap semua penyokong dapat mengawal emosi dan tidak ‘terpancing” dengan provokasi” sambungnya.

Rusdi juga memberitahu bahawa 3,000 keping tiket itu dibeli secara pukal supaya akan lebih menampakkan kemeriah dan supaya tidak menimbulkan masalah.

Berkenaan dengan isu keselamatan pula, Rusdi menjelaskan bahawa pihaknya sudah bekerjasama dengan pihak polis di Malaysia kerana sudah wujud indikasi pertemuan diantara Malaysia dan Indonesia.

“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan, penyokong Malaysia, dan penyokong Indonesia agar perlawanan ini dapat berjalan dengan lancar. Perkara ini sudah dilakukan kerana kia meramalkan akna layak ke perlawanan akhir.”

Selain itu beliau turut mengharapkan semoga tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana pertandingan ini adalah pertandingan persahabatan.

Ditanya mengenai pembelian 3,000 keping tiket itu, Rusdi menjelaskan bahawa dia membeli tiket itu secara peribadi kerana KBRI Kuala Lumpur tidak mempunyai bajet untuk pembelian tiket.

Sumber: Tiket PERCUMA Separuh Akhir Malaysia Indonesia Sukan SEA 2017