Berita

Buriram United Tandatangan Brand Partnership Bersama Jenama Jam Terkemuka Dunia HUBLOT

Gergasi bola sepak Thailand, Buriram United dan Chang International Circuit hari ini telah mengumumkan kerjasama terbaru bersama jenama jam terkemuka dunia, HUBLOT, untuk mengukuhkan lagi nama Buriram United diperingkat antarabangsa. Ini merupakan kolaborasi pertaa sebuha syarikat jam terkemuka dunia dengan kelab bola sepak Asia Tenggara.

Majlis rasmi ‘Brand Partnership’ itu telah diadakan di West Wing Room, Oriental Residence Bangkok Hotel, dan dihadiri oleh Presiden Buriram United sendiri, Newin Chidchob dan beberapa pemain serta pihak pengurusan HUBLOT.

Dengan kerjasama ini, HUBLOT akan menjadi ‘Official Timekeeper’ Buriram United dan Chang International Circuit. Sempena dengan acara ini juga HUBLOT juga telah melancarkan sebuah model  jam tangan baru dengan nama  The Hublot Big Bang Unico Chronograph Retrograde Buriram United limited edition dan hanya 30 unit sahaja dijual!

HUBLOT sebelum ini telah mengadakan ‘partnership’ seperti ini dengan pelbagai icon sukan terkemuka dunia serta pasukan-pasukan bola sepak, baseball, tenis, kriket dan golf. Untuk sukan bola sepak, HUBLOT telah bersama dengan Chelsea, Juventus dan Bayern Munich. Manakala bagi ikon bola sepak terkenal dunia seperti Jose Mourinho dan Pele juga berada dalam sinergi bersama mereka.

 

BURIRAM HUBLOT LUXURY BRAND PARTNERSHIPSสโมสรบุรีรัมย์ ยูไนเต็ด สโมสรฟุตบอลอาชีพชื่อดังของเมืองไทย และเอเชีย ร่วมกับ ส…

BURIRAM UNITEDさんの投稿 2017年4月24日

 

Menurut Presiden Buriram United, Newin Chidchob, ” Kolaborasi diantara Buriram United dan HUBLOT adalah satu ‘elevation’ kepada profil Buriram United sebagai sebuah kelab bola sepak profesional di Thailand. Ini merupakan suatu penghargaan bagi kami kerana dipilih oleh satu jenama jam mewah terkemuka dunia.”