Hanya 4 pasukan Liga Super sahaja yang telah berjaya mendapatkan Lesen Pelesenan Kelab AFC iaitu JDT, Selangor, Sabah dan Pulau Pinang.
Lesen tersebut adalah untuk bersaing dalam AFC Champions League Elite dan AFC Champions League Elite 2 bagi musim 2025-2026.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa First Instance Body (FIB) ke-10 di Wisma FAM hari ini.
“Manakala baki 2 pasukan lagi tidak berjaya mendapatkan Lesen AFC iaitu Terengganu dan Kedah,” kata Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.
Ini setelah 6 pasukan Liga Super memohon Lesen Pelesenan Kelab AFC.
6 pasukan itu ialah JDT, Selangor, Sabah, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.
Ini bermakna, baki pasukan lain tidak memohon lesen AFC bagi musim depan.