Hasrat JDT untuk mara ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah tidak kesampaian apabila tersingkir daripada AFC Champions League Elite selepas tewas 1-0 kepada Buriram United dalam pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim.
Ini meskipun JDT menguasai 60 peratus kawalan bola sepanjang perlawanan serta membuat hantaran dan percubaan yang jauh lebih banyak dari Buriram.
Sebaliknya, JDT dibolosi pada separuh masa kedua apabila Suphanat Mueanta menjaringkan gol pada minit ke-58.
JDT cuba menyamakan kedudukan namun keputusan 1-0 kekal memihak kepada Buriram hingga tamat perlawanan.
Di sebalik keputusan itu, JDT layak ke AFC Champions League Elite bagi musim 2025-2026 selaku juara Liga Super musim ini.
JDT akan kembali beraksi untuk baki saingan Liga Super apabila melawat pasukan Pulau Pinang di Georgetown, Ahad ini.