Malaysia tersingkir daripada saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 selepas terikat seri 0-0 dengan Singapura di Bukit Jalil.
Keputusan itu sekaligus menamatkan tugas Pau Marti Vicente dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang dibawa oleh Kim Pan-gon sejak 2 tahun lalu.
Singapura bersama Thailand layak ke separuh akhir Piala AFF.
Skuad negara akan diambil alih oleh pasukan kejurulatihan baharu di bawah kendalian Peter Cklamovski mulai 1 Januari 2025.