Hasrat Selangor untuk mencipta kejutan tidak kesampaian apabila tewas 3-0 kepada JDT dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Ini merupakan kekalahan ketiga Selangor musim ini.
Selangor ketinggalan selepas hanya 30 minit apabila Romel Morales menjaringkan gol pendahuluan JDT.
Bergson menambah gol kedua seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
Bergson melengkapkan kemenangan JDT apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54.
Kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan JDT melebarkan jurang dengan meraih 34 mata dalam 12 perlawanan.
Selangor kekal di tangga kedua dengan 26 mata daripada 13 perlawanan.
JDT akan berkunjung ke Negeri Sembilan pada 1 November ini manakala Selangor akan bertemu Kedah pada 2 November ini.