Berita AFC Champions League

JDT tewas kepada Ulsan, bolos 3 gol dalam tempoh 20 minit

JDT dikejutkan dengan kekalahan 3-1 kepada Ulsan Hyundai dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2023 yang berlangsung di Stadium Munsu, Korea Selatan.

Ini merupakan kekalahan kedua dalam ACL musim ini selepas tewas kepada 1-0 kepada Kawasaki Frontale dua bulan lalu.

Lebih mengejutkan, JDT dibolosi dalam tempoh 20 minit pada separuh masa pertama.

Ulsan mendahului seawal minit ke-5 menerusi jaringan kapten pasukan Jung Seung-hyun.

Gustav Ludwigson menambah gol kedua tujuh minit kemudian sebelum beliau menambah gol ketiga pada minit ke-18, menjadikan kedudukan 3-0 dalam tempoh 20 minit.

Namun, JDT seolah-olah diberikan peluang kedua apabila Ulsan kehilangan Kim Tae-hwan kerana dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-36.

Dengan kelebihan lebih seorang pemain, JDT mengambil peluang menguasai permainan pada separuh masa kedua.

Hasilnya, Bergson berjaya merapatkan jurang apabila menjaringkan gol pada minit ke-53.

Namun, JDT gagal untuk menambah lagi gol dalam baki 30 minit, dengan keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

JDT akan bertemu kembali Ulsan di Stadium Sultan Ibrahim pada 7 November ini.