Liga Super Malaysia Berita

Liridon Krasniqi: Tiada siapa yang tidak mahu bersama JDT

Sebaik sahaja Liridon Krasniqi hadir pada sidang media dan diumumkan sebagai pemain Johor Darul Takzim, terpancar jelas kegembiraan di wajahnya.

Pemain berusia 27 tahun itu merasakan beliau sudah membuat pilihan tepat untuk bersama dengan juara enam kali Liga Super.

“Apa yang buatkan saya bersama JDT … mudah untuk menjawabnya, kerana JDT adalah sebuah kelab terbaik di Asia Tenggara, kelab yang terbaik dengan impian yang besar, dengan program yang besar.”

Malah Liridon yakin dengan kepimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim di JDT.

“Siapa yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini. Juga dapat bersama seorang pemimpin yang berjaya.”

Liridon bakal didaftarkan sebagai pemain tempatan pada bulan depan selepas lima tahun bergelar sebagai pemain import.

Selepas empat tahun berada di Kedah, beliau berhijrah ke Melaka tahun lalu.

Dalam tahun yang sama, Liridon bersama dengan Guilherme de Paula dipilih FAM untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia pada tahun hadapan.