Luar Negara Berita

15 pemain bakal dijual oleh Real Madrid

Real Madrid dilaporkan mahu menjual 15 pemain musim ini dalam usaha untuk mengurangkan skuad tersebut.

Selepas musim yang buruk, Los Blancos telah berbelanja besar untuk memperbaiki skuad mereka – membelanjakan lebih daripada €200 juta untuk Eden Hazard, Eder Militao, Rodrygo, Luka Jovic dan Ferland Mendy.

Goal dalam satu laporan menyebut Real Madrid sekarang dalam satu operasi untuk mengeluarkan para pemain yang dianggap tidak perlu.

Ia sudah dimulakan dengan Marcos Llorente yang menyertai Atletico Madrid.

Gareth Bale dilaporkan bakal menyusul selepas Zidane dengan jelas menyatakan tidak mahu menggunakan khidmat pemain sayap Wales tersebut.

Diikuti dengan Raul de Tomas dan James Rodriguez dan dua penjaga gol Madrid, Keylor Navas dan Luca Zidane turut sama bakal meninggalkan ibu kota Sepanyol.

Dani Ceballos, Mateo Kovacic, Martin Odegaard (pinjaman), Isco dan Borja Mayoral turut sama diminta untuk mencari kelab baharu.

Brahim Diaz, 19 tahun bakal dilepaskan secara pinjaman kerana usianya yang masih muda dan Real Madrid masih mahu melihat perkembangannya.

Bagi Sergio Reguilon, Jesus Vallejo dan Theo Hernandez, ketiga-tiga mereka bukan lagi menjadi sebahagian daripada rancangan Zidane untuk musim depan dan dilihat bakal meninggalkan Los Blancos.