Malaysia Berita

Endrick, Paulo Josue, Nooa Laine sertai skuad kebangsaan

Endrick Dos Santos, Paulo Josue dan Nooa Laine merupakan antara muka baharu yang menyertai skuad kebangsaan bagi kalendar FIFA pada bulan Mac 2023.

Endrick yang berusia 28 tahun dan Paulo berusia 34 tahun menjadi pemain naturalisasi terbaru yang akan beraksi dengan skuad kebangsaan.

Kedua-duanya layak mewakili negara selepas menetap lebih 5 tahun di Malaysia.

Nooa Laine yang hanya berusia 20 tahun menjadi pemain pertama dari Finland yang akan beraksi dengan skuad kebangsaan.

Beliau layak mewakili melalui bapanya yang berasal dari Tanjung Sepat, Selangor.

Muka baharu yang turut dipanggil adalah Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting dan Feroz Baharudin.

Seramai 27 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon dan beliau mengekalkan seramai 9 daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Januari lalu.

Mereka akan menyertai kem latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 18 Mac 2023 bagi menghadapi dua perlawanan bertemu Turkmenistan dan Hong Kong, masing-masing pada 23 dan 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Perlawanan menentang Turkmenistan pada Khamis, 23 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, akan diadakan pada 10.00 malam sebelum menentang Hong Kong bagi aksi kedua pada Selasa, 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, 10.00 malam.

Senarai pemain terpilih

GK: Syihan, Kalamullah, Sikh Izhan, Damien Lim

DF: Matthew Davies, Shahrul Saad, Corbin-Ong, Dion Cools, Khuzaimi, Syahmi Safari, Feroz, Dominic, Daniel Ting, Quentin Cheng

MF: Brendan Gan, Azam Azih, Syamer Kutty, Endrick, Stuart Wilkin, Paulo Josue, Nooa Laine

FW: Arif Aiman, Akhyar Rashid, Darren Lok, Syafiq Ahmad, Faisal Halim, Fayadh Zulkifli