Piala Malaysia Berita

[VIDEO] JDT hampiri treble, mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2022

Johor Darul Ta’zim semakin hampir ke final Piala Malaysia 2022 apabila menewaskan Kelantan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ini bermakna, peluang JDT untuk mencatatkan treble semakin cerah selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini.

Bergson muncul wira apabila menjaringkan hatrik dalam tempoh kurang 40 minit.

Malah, kesemua 5 gol tersebut dijaringkan di separuh masa pertama.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Selatan menang dengan agregat 8-0, sekali gus mara ke separuh akhir.

JDT mendahului seawal minit ke-12 menerusi jaringan Bergson, sebelum beliau menambah gol kedua menerusi sepakan percuma pada minit ke-34 dan meraih hatrik pada minit ke-37.

Syahmi Safari kemudian mencipta kejutan apabila menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit ke-40.

Nazmi Faiz Mansor melengkapkan kemenangan dengan gol ke-5 sebelum separuh masa pertama akhir, dengan keputusan 5-0 di separuh masa kedua kekal hingga tamat perlawanan.