Liga Super Malaysia Berita

Rayuan ditolak, tiada lagi Melaka United dan Sarawak United di Liga Malaysia musim 2023

Rayuan Melaka United dan Sarawak United untuk mendapatkan lesen kebangsaan ditolak, sekali gus tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2023.

Ini bermakna, hanya 16 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super musim depan.

“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL telah bermesyuarat dan mengeluarkan keputusan bahawa kedua-dua kelab ini untuk permohonan lesen kebangsaan telah pun ditolak,” kata CEO MFL, Stuart Ramalingam dalam sidang media.

“Dengan itu, keputusan yang saya umumkan bagi pihak jawatankuasa memberitahu, tahun depan Melaka dan Sarawak tidak mempunyai lesen untuk bertanding di Liga Malaysia.”

Sebelum ini, permohonan kedua-dua pasukan itu ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan yang ditetapkan MFL.

Melaka United dan Sarawak United menjadi pasukan terbaru yang tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia selepas Felda United dan UKM FC tahun lalu.