Liga Super Malaysia Berita

TMJ umum undur diri, tidak lagi uruskan JDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya membuat keputusan untuk mengundur diri daripada menguruskan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim.

Keputusan itu tidak mengejutkan kerana beliau pernah meluahkan hasrat untuk mengundur diri.

Namun, ia tetap satu kejutan kerana keputusan itu dibuat di pertengahan musim Liga Malaysia.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain,” kata TMJ dalam kenyataan.

“Saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua.”

Di bawah pengurusan TMJ, JDT memenangi 19 piala termasuklah 8 kali juara Liga Super, 2 kali juara Piala Malaysia dan satu kali juara Piala AFC.