Liga Super Malaysia Berita

JDT julang trofi Liga Super kali ke-8

JDT menamatkan musim 2021 dengan menjulang trofi Liga Super buat kali ke-8.

Ini selepas JDT menewaskan KL City 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol pendahuluan, sebelum KL City menyamakan kedudukan menerusi Izween Izwandy.

Namun gol kemenangan JDT dijaringkan oleh pertahanan KL, Nik Shahrul Azim yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-18 buat JDT, selain mencatatkan keputusan seri 3 kali dan hanya kalah sekali.

JDT turut menerima wang kemenangan RM1 juta tetapi ia disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Ini bermakna, JDT telah memenangi Liga Super sejak 2014 diikuti dengan 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020.