KL City mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut apabila menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Cheras malam ini.
Ini bermakna, KL City mengharungi 11 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.
Tuan rumah mendahului menerusi sepakan penalti Romel Morales seawal minit ke-6.
Penyerang veteran, Safee Sali menggandakan kedudukan apabila merembat masuk gol hasil hantaran J Partiban pada minit ke-26.
26' Gol | Safee Sali menggandakan kedudukan untuk tuan rumah dengan gol pertamanya musim ini!@KLCityFootball 2-0 @kda_fc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/D011RXrZb7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 4, 2021
Kedah merapatkan jurang kedudukan menerusi kuisan Kipre Tchetche hasil sepakan penjuru pada minit ke-34.
Namun Kedah gagal memanfaatkan peluang sepanjang separuh masa kedua dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
KL City kini berada di tangga ke-6 liga, berkongsi mata dengan Selangor iaitu 33 mata.
Kedah kekal di tangga kedua liga dengan 39 mata.
UiTM menyertai Perak apabila tersingkir secara rasmi dari Liga Super setelah tewas 1-0 kepada PJ City.
39' Gol | PJ City FC kini mendahului UiTM FC 1-0 hasil tandukan Khyril Muhymeen Zambri!@pjcityfc 1-0 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/mjdOWcafLC
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 4, 2021
Khyril Muhymeen menjaringkan satu-satunya gol menerusi tandukan hasil hantaran P Rajes pada minit ke-39.
Terengganu pula gagal memanfaatkan peluang di gelanggang sendiri apabila tewas 1-0 kepada juara liga, JDT.
45+3' Gol | Shane Lowry memanfaatkan bola muntah untuk meletakkan JDT di depan!@FCTerengganu 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/1ttEFT7ZFV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 4, 2021
Gol tunggal dijaringkan oleh Shane Lowry sebelum tamat separuh masa pertama.
JDT kini mengumpul 54 mata, manakala Terengganu kekal ditangga ketiga dengan 37 mata.