Liga Super Malaysia Berita

Liga Super: Kedah gagal raih kemenangan, diikat seri oleh Pulau Pinang

Kedah gagal mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas sekadar terikat seri 1-1 oleh Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Georgetown.

Kedah dikejutkan dengan aksi bertenaga dan agresif pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi Endrik Dos Santos seawal minit ke-11.

Malah, Kedah bergelut untuk mencipta peluang menjaringkan gol dengan keadaan padang yang bertakung air.

Sebaliknya, Pulau Pinang selesa menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama.

Namun, perubahan strategi Aidil Sharin membuahkan hasil apabila kemasukan dua pemain sayap Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil lewat separuh masa kedua memberikan nafas baharu buat pasukan Kedah.

Kedah akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-86 menerusi tendangan Kpah Sherman hasil hantaran Azamuddin yang menembusi dua pertahanan Pulau Pinang.

Kedua-dua pasukan berkongsi 4 mata selepas mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.