Liga Super Malaysia Berita

Pusat latihan baharu JDT mula dibina selepas PKP

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan untuk memulakan projek pembinaan pusat latihan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Ini selepas PKP dilaksanakan bermula hari ini, 13 Januari dan akan berakhir pada 26 Januari ini.

“Pusat latihan bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim akan dimulakan dengan upacara pecah tanah dan akan mula dibangunkan pada pertengahan tahun ini,” menurut laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Namun, apa yang membanggakan, semua fasiliti JDT seperti Stadium Sultan Ibrahim, Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan pusat latihan baharu adalah hasil idea dan rekaan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Fasiliti latihan baharu JDT ini akan mempunyai ‘design’ unik yang akan menjadi satu kebanggaan kepada semua peminat JDT.”