Liga Super Malaysia Berita

Stadium MBPJ Kelana Jaya jadi rumah Selangor untuk tiga tahun

CEO Selangor, Johan Kamal Hamidon mengesahkan pasukannya akan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya untuk tiga tahun bermula musim 2021.

Ini selepas Stadium Shah Alam perlu melalui proses baik pulih yang melibatkan penggantian bumbung polikarbonat serta pendawaian elektrik yang mencecah RM30 juta manakala kos keseluruhan bernilai RM250 juta.

Ini bermakna Selangor akan berkongsi gelanggang dengan PJ City selama tiga tahun.

Johan berkata keputusan itu dibuat memandangkan Stadium Shah Alam baru sahaja memulakan proses baik pulih.

“Untuk musim ini kita sah beraksi di stadium tersebut paling kurang pun dua atau tiga tahun dan sudah membuat persiapan untuk tujuan itu,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Selain itu, Johan turut mengesahkan Selangor akan memperkenalkan jersi baharu pada hujung bulan Januari.

“Tahun ini kita lancarkan jersi ‘home’ terlebih dahulu diikuti ‘away’ dan ketiga pada pertengahan serta hujung Februari.”