Luar Negara Berita

Hadi Fayyadh dipinjamkan ke kelab J3, Azul Claro Numazu

Hadi Fayyadh Abdul Razak dilaporkan akan dipinjamkan kepada pasukan Liga Divisyen 3 Jepun (J3), Azul Claro Numazu selama setahun bermula Januari ini.

Ini selepas pemain itu menandatangani kontrak baharu dengan kelabnya Fagiano Okayama.

Astro Arena melaporkan, keputusan itu dibuat bagi memastikan Hadi mendapat lebih minit permainan untuk saingan musim 2021.

“Terima kasih kepada kelab Fagiano Okayama, terutama kepada semua jurulatih dan pemain yang banyak membantu saya dalam sesi latihan.

“Selama dua tahun bersama kelab ini, saya telah banyak belajar dan memperbaiki diri saya sebagai pemain bola sepak.

“Bagi saya, perpisahan ini hanya sementara. Saya akan kembali ke Okayama, itu sudah pasti.

“Saya juga tidak sabar untuk memulakan musim baru bersama Numazu. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik.”