Liga Super Malaysia Berita

JDT dijangka umum 4 pemain baharu

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan mengumumkan kemasukan empat pemain baharu pada Khamis.

Empat pemain baharu itu akan menyertai JDT bagi saingan Liga Super musim 2021 manakala empat lagi akan sertai pasukan pada musim 2022.

“Untuk makluman peminat, kami telah menandatangani empat orang pemain untuk musim 2021 serta empat lagi pemain termasuk dua naturalisasi dan satu pemain import untuk musim 2022,” katanya menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Johor Southern Tigers.

“Saya beritahu berita baik mengenai JDT sebab kami sentiasa mahu mencipta sejarah dalam dan luar padang. Kita jumpa lagi Khamis ini.”

Pada masa sama, beliau juga mengesahkan bahawa JDT akan mengumumkan perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa pada hari yang sama.

Sebelum ini, TMJ mengumumkan Camilo Sanvezzo dan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baharu.

Namun, status Sanvezzo masih belum diketahui selepas beliau dilaporkan menandatangani kontrak lanjutan dengan kelab Mexico, Mazatlan FC.