Liga Super Malaysia Berita

Zainal Abidin kekal, Safiq Rahim tinggalkan Melaka United

Melaka United membuat keputusan untuk mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Namun, Safiq Rahim akan meninggalkan pasukan itu selepas dua tahun bersama.

Ini selepas pihak pengurusan mahu mengekalkan 40 peratus pemain sahaja daripada musim 2020.

Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya masih percaya dengan keupayaan Zainal namun mengharapkan beliau memperbaiki kedudukan liga selepas Melaka United menamatkan saingan Liga Super 2020 pada kedudukan ke-9 selepas mengumpul 11 mata dalam 11 perlawanan.

Melaka United turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Saiful Mat Safri sebagai CEO Melaka United Sdn Bhd manakala Akram Abdullah selaku pengurus pasukan.

Melaka United juga akan kekal  dibawah hak milik persatuan bola sepak Melaka (MUSA) dengan Syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd kekal sebagai penaja rasmi jersi pasukan.