Liga Super Malaysia Berita

JDT jalin kerjasama rasmi dengan Subway

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pihaknya telah mengadakan kerjasama secara rasmi dengan Subway, sebuah jenama makanan segera terkemuka dari Amerika Syarikat menjelang saingan Liga Malaysia musim 2021.

Menurut Johor Southern Tigers, kerjasama itu membolehkan restoran yang menjual sandwic, salad dan minuman ringan ini membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.

Kerjasama itu juga dibuat bagi memastikan penyokong JDT dapat menjamu selera ketika menonton perlawanan bola sepak.

“Stadium Sultan Ibrahim direka untuk menjadi destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak.”

Johor Southern Tigers juga mendedahkan JDT dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium yang serba canggih ini.

Ini bermakna, tiada burger stadium dan air gas mahal dijual di Stadium Sultan Ibrahim sebaliknya juadah lazat dari Subway!