Liga Super Malaysia Berita

Selepas tiga musim, Lee Tuck tinggalkan Terengganu

Lee Tuck membuat keputusan untuk meninggalkan Terengganu, selepas tiga tahun bersama pasukan Pantai Timur itu.

Pemain berusia 32 tahun membuat pengumuman itu di akaun Instagram miliknya.

“Terengganu mahu mencuba sesuatu yang baru untuk pasukan bergerak maju dan ini bermakna saya tidak ada dalam perancangan mereka untuk musim depan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pernah saya bekerjasama dalam pengurusan, kakitangan, pemain, jurulatih pada masa lalu dan sekarang dan semua orang di belakang tabir yang membantu kelab dan saya.

“Ini adalah keluarga terdekat yang bekerjasama dan saya bangga dapat bekerjasama dengan anda semua dengan tujuan untuk menjadikan kelab yang hebat ini lebih baik.

“Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakyat Terengganu. Anda telah menyambut saya sejak hari pertama dan membantu saya menjadikan Terengganu sebagai rumah bagi saya dan keluarga. Saya suka setiap minit bermain di sini dan saya memberikan yang terbaik untuk anda.”

Lee Tuck pertama kali beraksi di Liga Malaysia apabila menyertai Negeri Sembilan pada musim 2017, sebelum berpindah ke Terengganu setahun kemudian.

Sepanjang bersama Terengganu, Lee Tuck berjaya membantu pasukannya muncul naib juara Piala Malaysia 2018 dan tempat ketiga Liga Super 2020, yang menyaksikan Terengganu layak ke Piala AFC 2021.

Ketika ini, Lee Tuck dikaitkan dengan perpindahan ke Pahang untuk musim depan.