Luar Negara Berita

Sumareh tampil sebagai pemain gantian, namun sekali lagi Police Tero tewas

Mohamadou Sumareh sekali lagi beraksi sebagai pemain gantian dengan Police Tero yang menentang Chiangrai United dalam saingan Liga Thailand.

Beliau tampil pada minit ke-78 bagi menggantikan pemain tengah Narong Chansaweks setelah Police Tero ketinggalan 1-0 hasil jaringan Akarawin Sawasdee.

Namun, kemasukan Sumareh lewat di separuh masa kedua tetap gagal membantu pasukannya untuk mendapatkan gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.

Ini bermakna, Police Tero gagal mencatatkan kemenangan dalam tujuh perlawanan setakat ini, malah tewas tiga kali berturut-turut dengan kali terakhir mencatatkan kemenangan ketika menewaskan Port FC 2-0 pada 13 September lalu.

Pasukan itu menduduki tangga ke-10 dengan mengutip 15 mata dari 12 perlawanan.