Liga Premier Malaysia Berita

Norizam akui hadapi pelbagai halangan untuk ambil alih pasukan Kelantan

Norizam Tukiman mengakui berdepan pelbagai rintangan bagi merealisasikan pengambilalihan pasukan Kelantan ketika ini.

Ini selepas beliau sekali lagi berada di Kota Bharu bagi membincangkan hala tuju bola sepak Kelantan.

Malah, hasrat pakar pelaburan dan usahawan itu turut menerima tentangan daripada ibunya.

“Saya dah minta restu doa mak, asalnya tak mahu pening-pening pasal The Red Warrior,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

“Tapi saya dah jelaskan..misi, visi dan perubahan. Alhamdulillah dia restu juga..minta dia doakan takdir yang baik untuk saya dan TRW.”

Norizam sudah memulakan beberapa perbincangan bersama pengurusan KAFA sejak awal bulan lalu, namun belum ada tanda-tanda sama ada pengambilalihan itu akan menjadi kenyataan.

Beliau juga enggan menjawab persoalan bilakah pengambilalihan itu akan berlaku.

“Jangan tanya jadi ke tak, macam biasa saya akan usahakan yang terbaik demi perubahan bola sepak Kelantan.”