Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan sekali lagi lancar jersi musim 2020

Kelantan membuat kejutan apabila sekali lagi melancarkan jersi baharu dengan corak berbeza dengan yang diperkenalkan pada awal musim ini.

Jersi tersebut terdiri daripada warna merah yang akan dipakai ketika beraksi di Kota Bharu dan dua baju lagi berwarna putih dan biru akan dipakai ketika beraksi di tempat lawan.

Pelancaran semula itu dibuat selepas jersi yang digunapakai oleh pasukan Kelantan sebelum ini menggunakan logo After Image, penaja utama mereka yang sudah pun menarik diri daripada menguruskan TRW Sdn Bhd beberapa bulan lalu.

Justeru, jersi sedia ada sudah tidak boleh digunakan lagi dan akan menggunakan jersi baharu ketika bertemu UKM FC dalam saingan Liga Perdana pada 22 Ogos depan.

Jersi berkenaan ditaja oleh Stechmad Sdn Bhd, dengan pengurus syarikat itu, Rus Faizan Muhammad membuat penyerahan secara rasmi kepada pengurus pasukan TRW Datuk Azman Ismail.