Liga Super Malaysia Berita

Renan Alves sudah penat menunggu, mahu tinggalkan Kedah?

Pertahanan Kedah, Renan Alves dilaporkan mahu meninggalkan pasukan selepas dipercayai kecewa dengan pihak pengurusan yang masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

Malah, pemain berusia 27 tahun dari Brazil itu mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kedah menerusi akaun media sosialnya.

“Dah penat dengan janji, sudah tiba masanya untuk teruskan kehidupan. Moga tuhan merahmati,” katanya.

View this post on Instagram

Thank you.💪🏽

A post shared by Renan Alves (@renanalves03) on

 

Bukan Renan sahaja, pemain-pemain Kedah lain juga dikhabarkan mahu meninggalkan pasukan.

Ini selepas Asmirul Anuar Aris berjanji akan membayar gaji pemain sebelum hari raya Aidilfitri dengan mendakwa bahawa RM1.5 juta telah diluluskan oleh bekas presiden KFA, Mukhriz Mahathir, namun pemain tidak mendapat sebarang bayaran walaupun raya sudah lama berlalu.