Liga Premier Malaysia Berita

Kutipan tabung selamatkan Kelantan FA sudah mencecah lebih RM8,000

Kutipan tabung selamatkan Kelantan FA sudah mencapai lebih RM8,000 hari ini hasil sumbangan lebih 2,000 penderma sejak ia dilancarkan pada Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid cukup terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi membantu Kelantan FA yang berdepan krisis kewangan ketika ini.

“Terima kasih semua sahabat, sekarang dah ada menderma bermula RM1, RM 10, RM 20, RM30, RM 50 – RM 100 dan RM 100- RM 500 untuk individu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya jasa baik semua,” katanya di Facebook.

“Jawatankuasa Bertindak KAFA berdoakan agar ada lebih ramai lagi akan menderma kepada kita bermula hari ini termasuk koprat, peniaga, usahawan, ahli politik, anak-anak Kelantan dan tidak kira sesiapa sahaja.”

Namun, angka kutipan tersebut masih terlalu jauh dengan jumlah yang Kelantan perlu lunaskan iaitu tunggakan gaji berjumlah RM629,620.28 terhadap bekas pemain import, Cassio.

Dalam sesi tembual bersama Astro Arena, Muzakkir tetap mempertahankan tindakan KAFA yang meminta derma peminat untuk melangsaikan hutang pemain.

Bagi saya, kami bukan pengemis tetapi dalam peringkat terdesak. Jadi, perlu minta bantuan dan akhirnya mencapai sepakat sebelum melakukan perancangan lain. Kami lakukannya agar tahu penyokong setia dan sayangkan pasukan.”