Liga Super Malaysia Berita

Perak masih bayar gaji, namun bakal adakan perbincangan dengan pemain

Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohamad Nadzri mengesahkan pihaknya masih membayar gaji pemain Perak mengikut kontrak musim ini, namun mengakui akan adakan penstrukturan semula gaji dalam masa terdekat.

Katanya, langkah penstrukturan itu akan dibuat secara teliti dan berjanji tidak akan membebankan para pemain.

“Kita belum lagi maklumkan kepada pegawai dan pemain, kita baru di peringkat untuk panggil mereka bagi membincang perkara ini,” katanya kepada Bernama.

“Bukan kita sahaja yang agak terbeban malah boleh dikatakan semua persatuan bola sepak di Malaysia juga terjejas disebabkan penangguhan liga.

“Saya harap situasi menang-menang akan dapat memuaskan hati semua pihak.”