Liga Super Malaysia Berita

KKM teliti garis panduan sebelum benarkan Liga Malaysia bertanding semula

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa garis panduan akan diteliti oleh pihaknya sebelum membenarkan sebarang aktiviti termasuk Liga Malaysia disambung semula.

Malah, keputusan untuk memberikan kebenaran akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 28 April ini atau dilanjutkan, apa yang penting kita perlu mengelak perhimpunan untuk mengurangkan berlaku penularan jangkitan,” katanya dalam sidang media harian.

“Keduanya ialah amalkan penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, elak berada di ruang sempit dan pengudaraan yang tidak bagus serta elak kesesakan di ruang yang sempit.

Liga Malaysia masih kekal ditangguhkan mengikut arahan kerajaan yang melanjutkan tempoh PKP sehingga 28 April ini.