Eropah Berita

Jom kita menonton episod baru ‘Persembahan Kyle Walker & Budak-Budak NakalNya’

Adalah baik untuk mengetahui bahawa sekurang-kurangnya Kyle Walker akhirnya mematuhi peraturan pengasingan dan duduk diam dirumahnya tanpa pelacur.

Walker yang bermain untuk Manchester City dan skuad England, atau bekas pemain untuk skuad kebangsaan – melakukan pelanggaran peraturan pertamanya dengan parti seks yang dianjurkan dirumahnya baru-baru ini dengan seorang kawan dan dua pelacur.

Selepas kebingungan yang menimbulkan kecurigaan dari orang awam dan bos pasukan England, dia sekali lagi ditegur hanya beberapa hari kemudian oleh polis sebab memecahkan peraturan pengunduran sosial bila dia sia-sia berjalan di Prestbury, Chesire dengan tidak lain daripada Wayne Rooney, jiran sebelah rumahnya nya dan juga pemain bola sepak kemasyhuran.

Walau pun ada kemungkinan beliau ditegur selepas kesalahannya, Walker asyik tinggal di rumah untuk menghadkan kegiatannya dengan aktiviti menonton televisyen, tetapi siaran yang dia menonton itu siaran yang bukan biasa tetapi siaran gadis-gadis bertelanjang di aliran video langsung.

Bekas pemain England itu tidak bersendirian dalam menonton gadis-gadis telanjang yang bermain di aliran video langsung kerana dia tidak lama lagi disertai oleh rakan sepasukan Englandnya, Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Raheem Sterling, bersama dengan banyak bintang Southhampton dan Everton yang telah turut log masuk kerana keseronokan siarab itu mula menarik perhatian lain pemain yang telah bosan sebab terpaksa berkurung dirumah mereka pada masa wabak coronavirus ini.

Dikurung sendiri dirumah, bintang £50 juta ini menyertai rapper Tory Lanez Instagram Live yang menampilkan Zia, penari bogel yang berpusat di London, semasa siaran lima jam untuk 220,000 pengikut.

Bintang Manchester City secara bersemangat menyertai aksi papan mesej sambil menambah emojis ketika persembahan telanjang itu berkembang. Walker kemudiannya disertai oleh rakan-rakannya dari pasukan England, ia itu Marcus Rashford, bersama rakannya yang lain menyertai papan mesejnya.

Bintang hebat yang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho, yang dikaitkan dengan perpindahan musim panas £100m kembali ke England, menambah emojis dan melibatkan diri dengan komen-komen sebagai tindak balas kepada penyiaran provokatif dari penari telanjang.

Penyerang Manchester United Marcus Rashford, yang kini Nampak tidak menyedari kecederaan belakang yang telah mengetepikan dia dari aksi di lapangan, menawarkan emoji “menangis dengan tawa” bila Zia dan yang lainnya telanjang.

Raheem Sterling dari Manchester City juga pun menambah: “Ahaha brooooo awak memang bunuh saya.”

Bintang Everton, Alex Iwobi, terkena emoji ketawa. Pemain lain dilihat menonton rancangan jalur live di Instagram termasuk Michael Obafemi dari Southampton. Obafemi gembira mengucapkan, “Saya ingin menjadi rapper” apabila penari telanjang pada suapannya memegang buah dada.

Bintang lain yang menyertai komen di papan mesej itu termasuk Courtney Senior dari Liga Dua dan bekas pemain muda Manchester United, DJ Buffonge, yang kini bermain untuk Pergolettese.

Satu sumber berkata: “Saya tidak fikir bos England Gareth Southgate, atau pengurus kelab pemain, akan terpikat pada bintang mereka yang menyertai pertunjukan seks seperti ini.

“Tetapi sekurang-kurangnya Walker dan Co mendapatkan keseronokan mereka dari rumah dan mengikuti peraturan pengasingan.”

Satu lagi sumber berkata: “Kyle tahu dia telah mengecewakan ramai orang dan rasa malu dengan kelakuannya, tetapi dia masih tidak yakin sepenuhnya apa yang dilakukannya adalah perkara yang salah.

“Dia fikir ia agak seperti membuat pesanan ‘takeaway’ ke rumah.”

Walau bagaimanapun, demi keailan pada golongan muda ini, aktiviti sebagai menonton penari telanjang di televisyen untuk meringankan kebosanan mereka tidak seburuk bila dibandingkan dengan aktiviti parti seks dengan pelacur bila terkurung dirumah.

Akhirnya, pasti lah masih perkara yang baik tidak semua orang mempunyai idea yang sama untuk membuat pesanan ‘takeaway’ yang sama dengan idea Kyle Walker!