Liga Super Malaysia Berita

Melaka United beri sebab mengapa gaji pemain tidak akan dipotong

Setiausaha Agung Melaka United, Farhan Ibrahim berkata belum ada sebarang perbincangan mengenai pemotongan gaji pemain dalam masa terdekat.

Ini kerana, Melaka hanya memikirkan soal menyelesaikan isu tunggakan gaji terlebih dahulu.

Ini terutamanya selepas pasukan itu dipotong tiga mata dalam Liga Super kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Presiden yang baharu sudah tentu akan mengambil langkah yang sesuai dan segera bagi menyelesaikan isu ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Namun jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlanjutan dan tunggakan gaji juga selesai, kemungkinan keperluan untuk berbincang antara pengurusan dan juga pemain bakal diadakan.”

Pasukan Melaka kini dipimpin oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Melaka United.