Tribes Santai

[VIDEO] Kenali personaliti pemain bolasepak Malaysia menerusi Tribes!

Football Tribe memperkenalkan Tribes, rancangan bolasepak yang mendedahkan gaya hidup dan personaliti sebenar pemain bolasepak Malaysia, dibawakan khas oleh Perodua.

Biasanya peminat hanya mengenali pemain apabila mereka beraksi di atas padang, tetapi Tribes akan menunjukkan bagaimana kehidupan mereka di luar padang.

Para pemain akan meluangkan masa bersama dua hos Tribes iaitu Ruth dan Ash Hashim dengan menyertai pelbagai aktiviti sukan selain daripada bolasepak.

Memandangkan mereka bermain bolasepak setiap hari, di Tribes mereka diberikan peluang untuk menunjukkan bakat dalam sukan lain.

Episod 1 menampilkan legenda bolasepak negara, Safee Sali yang bermain footgolf, sukan yang menggunakan peraturan sama seperti golf, cuma bezanya ia menggunakan bola yang digunakan dalam bolasepak di atas padang golf.

Pemain bolasepak sentiasa berada dalam tekanan untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Namun, Tribes mahu menunjukkan bagaimana pemain bolasepak menjalani kehidupan mereka, sesuatu yang peminat belum pernah lihat sebelum ini.

Pemain manakah yang anda akan tampil pada Episod 2? Beliau merupakan seorang pemain skuad kebangsaan dan baru sahaja beraksi di pentas AFC Champions League.

Nak tahu? Nantikan Tribes Episod 2 minggu ini!